Followers

Thursday, February 17, 2011

Pasta Carbonara Mushroom Berkrim

Posted by HiSa Ito at 3:34 AM 0 comments


Ari ni nk kongsi resipi sikit..senang jer nk buat benda ni..

Bahan-bahan yang kita guna(3-4 0rg) : 

  • 1/2 bungkus pasta(tak kisah apa jenis pun)
  • 1 tin sos carbonara Prego
  • Sedikit isi ayam atau daging( guna yang kisar punya)
  • bawang putih (cincang)
  • bawang merah (cincang)
  • mushroom butang (dihiris)
  • 1/2 cawan susu segar
  • Sedikit daun parsley
  • Garam secukup rasa
  • lada sulah.


Okay now,cara-cara masaknya pulak:

  1. macam biasa laa pasta di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
  2. tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak k.
  3. masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
  4. masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
  5. nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sampai ia berkrim.
  6. letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,
  7. untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.

FAST N FUYOH...:)






 

hISa ItO blog!! Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review