Followers

Sunday, November 25, 2012

Crepe Durian!!

Posted by HiSa Ito at 11:45 PM 0 comments

First try. Menjadi. Alhamdulillah. Walaupun first try tp dah ada yg jd customer. Boleh bukak bisnes la pulak. Nk kongsi sikit resepi.

Bahan-Bahan :

A
20 gm Tepung Gandum
20 gm Tepung Ubi
10gm Tepung Kastard
10 gm Tepung Jagung
1 sudu Minyak Masak
1 sudu besar Gula halus
150 ml Air
40 ml Susu Cair
1 biji Telur
Sedikit Pewarna Kuning

B
Fresh Cream
Durian

Cara-Cara (Kulit) :

1) Masukkan semua bahan A dalam satu adunan.
2) Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak masak pada kuali tersebut. Masukkan 1 senduk adunan tersebut dan lenggangkan menjadi rata dan bulat (sama mcm buat kuih ketayap)
3) Tidak perlu di balikkan. Dah masak, angkat dan biarkan sejuk dahulu.

Cara-Cara (Filling) :

1) Masukkan Fresh Cream dan putarkan/pukul sampai kembang (Bila terbalikkan dengan sudu, cream 2 x jatuh)
2) Blendkan isi durian 
3) Masukkan 1 sudu fresh cream, 1 sudu isi durian, dan 1 sudu fresh cream pd kulit yg dibiarkan sejuk td. Dan lipat.
SELAMAT MENCUBA!






 

hISa ItO blog!! Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review