Pages

Followers

Wednesday, January 16, 2013

ALHAMDULILLAH / SYUKUR/ SYUKRIA

Posted by HiSa Ito at 7:26 PM 0 comments
Alhamdulillah. Masih dikurniakan umur yang sedia ada sampai sekarang. Pengalaman demi pengalaman dah pun dilalui. Manis, Pahit dah pun ditelan. Terasa hidup ni dah lengkap walaupun blm mendirikan masjid. Tapi still ada rasa mcm org lain untuk mendirikan masjid walaupun semua dah lengkap. Menanti dengan penuh kesabaran saat2 yg paling bhgia tu muncul. Akur walaupun jodoh lambat. Yang penting kita tidak tersalah pilih. Biarlah jodoh yg diberi akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Biarlah jodoh kita tu dpt membimbing kita ke jalan yg lurus kepada-Nya. Baru je terbaca 30 tips daripada Dr. Fadhilah Kamsah tentang Mempercepatkan Jodoh. Tapi hanya tertarik kepada 1 tips je.


"Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif"



Ya Allah...Ya Tuhanku
Jika Pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakkan hatinya untuk menujuku, pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu...
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikkannya..
Ya Rabb,
Bila dia jauhm dekatkanlah..
Eratkan hati kami dalam ikatan kerana-Mu, tautkan hatiku dengan hatinya yg sama-sama mengharap & mendamba sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah....Yang Maha Pencinta
Pemilik cinta sejati, jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb..Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk diam penuhi hatinya dengan kasih-Mu..
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu, limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran, temani dia dalam kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar selain pada-Mu..
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sanyangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dalam Cinta-Mu..

Ya Rabb,
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri..
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantianku..

Ya Allah..
Kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan..
Baik bagi duniaku, akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama-sama berjemaah untuk tetap menuju ke jalan-Mu..
Bimbing hati kami, kuatkan lah hati kami..
Penuhilah dengan rahmat & kasih sayang-Mu..Amin ya rabbal alamin


Sunday, January 6, 2013

HISAITO CREPE!

Posted by HiSa Ito at 10:41 PM 0 comments
Assalamualaikum.. 
Hari ni nk memperkenalkan produk baru yang x berapa nk baru jugak la..cuma baru nk update je kat blog ni. 

HISAITO CREPE

Alhamdulillah lps je dpt first customer, rezeki bertambah2. Ramai yang order.

So, sape2 yg berminat nk try just contact sy yer. Detail ada dlm gambar kat bawah ni.


Sunday, November 25, 2012

Crepe Durian!!

Posted by HiSa Ito at 11:45 PM 0 comments

First try. Menjadi. Alhamdulillah. Walaupun first try tp dah ada yg jd customer. Boleh bukak bisnes la pulak. Nk kongsi sikit resepi.

Bahan-Bahan :

A
20 gm Tepung Gandum
20 gm Tepung Ubi
10gm Tepung Kastard
10 gm Tepung Jagung
1 sudu Minyak Masak
1 sudu besar Gula halus
150 ml Air
40 ml Susu Cair
1 biji Telur
Sedikit Pewarna Kuning

B
Fresh Cream
Durian

Cara-Cara (Kulit) :

1) Masukkan semua bahan A dalam satu adunan.
2) Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak masak pada kuali tersebut. Masukkan 1 senduk adunan tersebut dan lenggangkan menjadi rata dan bulat (sama mcm buat kuih ketayap)
3) Tidak perlu di balikkan. Dah masak, angkat dan biarkan sejuk dahulu.

Cara-Cara (Filling) :

1) Masukkan Fresh Cream dan putarkan/pukul sampai kembang (Bila terbalikkan dengan sudu, cream 2 x jatuh)
2) Blendkan isi durian 
3) Masukkan 1 sudu fresh cream, 1 sudu isi durian, dan 1 sudu fresh cream pd kulit yg dibiarkan sejuk td. Dan lipat.
SELAMAT MENCUBA!






Friday, June 15, 2012

JODOH ITU KETENTUAN TUHAN

Posted by HiSa Ito at 12:30 AM 1 comments


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”

Ketika kita terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.


“Jodoh ketentuan di tangan Tuhan”. Itulah ungkapan yang sering kita dengari apabila berbicara tentang soal hati. Malah ada yang sudah berputus asa dan rasa muak dengan ungkapan tersebut kerana sudah sering mendengarnya setiap kali usai meluahkan rasa hati kepada seseorang. Jangan sekali-kali kita berputus asa daripada rahmat Allah sebaliknya, sandarkan lah perjalanan hidup kita kepada ketentuan Qada’ dan Qadar, iaitu takdir yang baik mahupun yang buruk. Itu adalah syarat pertama jikalau kita mahu mencari pasangan hidup, dengan tujuan kerana ingin mendapatkan keredhaan-Nya. Jika kita hanya mencari pasangan kerana terikut-ikutkan keadaan semasa di sekeliling kita, atau hanya kerana suka-suka, nescaya tujuan kita itu tidak disandarkan kepada iman sepenuhnya dan nescaya hati kita akan gundah-gulana dan bagaikan dirobek apabila pilihan di hati tidak menjadi kenyataan.





Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.
Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”


(Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2)

Monday, April 30, 2012

Birthday Orang2 Tersayang

Posted by HiSa Ito at 10:30 AM 0 comments

Ada banyak lg yg menarik kat SINI

Yo!Fest PAHANG 2012

Posted by HiSa Ito at 9:47 AM 0 comments


Nak tau x apa 2 Yo!Fest PAHANG 2012...Tgk la kat page ni.  MY WORK

My New Life

Posted by HiSa Ito at 9:17 AM 0 comments


Kalau nk kenal dgn my NEW LIFE klik sini...:)

Thursday, November 24, 2011

PROGRAM BLOGGER MUDA

Posted by HiSa Ito at 7:36 PM 0 comments


Sukacita dimaklumkan kepada blogger-blogger sekalian. Kementerian Belia dan Sukan akan menganjurkan PROGRAM BLOGGER MUDA. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini sila bagi nama di ruangan comment di bawah. Banyak faedahnya program ni (ayat promote)..Rugi kalau sape yang x join 2. Inilah masanya untuk kita menambah ilmu. Program ini akan dilangsungkan selama 2 hari bermula pada 3 Disember 2011 hingga 4 Disember 2011 bertempat di Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu. Boleh menaiki kenderaan sendiri, duit minyak boleh klaim.

Friday, November 18, 2011

POCO-POCO

Posted by HiSa Ito at 6:37 PM 0 comments


Assalamualaikum..hari ni nk bercerita sikit pasal tarian @ senaman poco-poco ni..pagi ni koi bgn jer dr tdo, dengan muka yg selamba p dapur tgk apa yg ada.."roti telur je"..belasah jer la apa yg adakan..pas 2 "mana pulak la pegi umi ni"..terdengar la pulak adik koi yg bongsu tu tanya abah.."mana umi, abah?"..dengan selambanya abah menjawab.."senaman poco-poco"..larrrrr...patut la roti telur jer pagi ni.kebiasaannya pada hujung minggu mcm ni umi akan buatkan breakfast yang berat..Umi pun balik la umh..Koi pun sajer nk test umi..."umi, cer buat poco-poco sikit..".umi pun menunjukkan kehandalannya berpoco-poco.."wow, hebat umi koi ni.."...haih.."knp la umi x ajak koi",,berkata-kata dalam hati..dah lama sebenarnya x buat poco-poco ni..Starting koi kenal poco-poco ni masa perkhemahan Renjer Puteri masa sekolah dulu.Masa 2 koi la org paling hebat buat poco-poco ni.Kawan-kawan koi semua x pandai buat..Sekarang semua orang dah pandai buat. Tp koi buat poco-poco ni langsung x berpeluh..pelik..boleh kurus ker buat senaman ni..Poco-poco ni lebih pada tarian jer koi rasa..Umi dah panggil 2, ajak buat poco-poco..jom..

Monday, October 17, 2011

NUKILAN SILAM

Posted by HiSa Ito at 12:10 AM 0 comments


Ari ni mood nk buat keje xberapa nk ada. So, tengah xder buat apa, terfikir satu idea. Menulis novel...Agak2 ok x ek...dah terlalu byk x larat dah nk simpan dlm hati ni..

Friday, March 11, 2011

Handmake AisCream Vanila

Posted by HiSa Ito at 10:53 PM 0 comments
Assalammualaikum...Ari ni nk kongsi resepi aiskrim buatan sendiri..Sebenarnya ni dah kali ketiga buat aiskrim sendiri. First time buat perisa jagung. Second time, aiskrim coklat. Sedap sgt. Rasa mcm aiskrim walls yg jual kat kedai 2. 

Bahan-Bahan:-

1) 1/2 tin susu pekat manis


2) 1/2 tin air masak + 1/2 tin susu cair


3) 1 biji telur

4) Perisa vanilla

5) 2 Sudu makan ovellete


Cara-Cara:-

1) Masukkan bahan ke dalam blender



2) Blend sampai pekat, likat, berkrim dan berkilat

3) Masukkan dalam bekas


4) Simpan dalam peti ais(tempat beku)

5) Sedia untuk dihidang. Hias la dengan apa-apa yg disukai.


Thursday, March 3, 2011

Cinta Perlukan Pengorbanan dan Tolak Ansur

Posted by HiSa Ito at 8:28 PM 0 comments
Mungkin topik kali ni amat2 la jiwang kan. Tp xper..cuba la kupas topik ni..Perlu ke kita berkorban segalanya utk cinta??hanya kita yg berkorban??atau dier sajer yg bekorban?? Seelok2nya dua2 la kena bekorban kan. Tak adil la kalau hanya sebelah pihak jer yg bekorban..Betul x? Cuba fikir apa jd kalau hanya sebelah pihak jer yg bekorban. Apa situasi yg akan timbul. Mungkin pihak yg dah terlalu byk bekorban 2 akan berpandangan mcm ni: "dier ni btl2 serius ker dgn ak.."..hurm..2 semua hanya Allah yg tau..Penah x bertolak ansur dgn dier?Kalau penah, amat beruntung la dier..yg x penah bertolak ansur ni, fikir2 la perasaan org lain jugak..jgn asyik fikir perasaan sendiri..

TOPIK KAT ATAS 2 UMUM OK..


Thursday, February 17, 2011

Pasta Carbonara Mushroom Berkrim

Posted by HiSa Ito at 3:34 AM 0 comments


Ari ni nk kongsi resipi sikit..senang jer nk buat benda ni..

Bahan-bahan yang kita guna(3-4 0rg) : 

  • 1/2 bungkus pasta(tak kisah apa jenis pun)
  • 1 tin sos carbonara Prego
  • Sedikit isi ayam atau daging( guna yang kisar punya)
  • bawang putih (cincang)
  • bawang merah (cincang)
  • mushroom butang (dihiris)
  • 1/2 cawan susu segar
  • Sedikit daun parsley
  • Garam secukup rasa
  • lada sulah.


Okay now,cara-cara masaknya pulak:

  1. macam biasa laa pasta di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
  2. tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak k.
  3. masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
  4. masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
  5. nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sampai ia berkrim.
  6. letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,
  7. untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.

FAST N FUYOH...:)






Monday, January 3, 2011

Kemanakah Kasih Sayang?

Posted by HiSa Ito at 12:49 AM 0 comments
Happy new year!!!

Tahun baru ni semua org ada azam baru..begitu juga ak..ak berazam utk mendapat pekerjaan yg baik n yg paling penting mendapat kebahagiaan..Thats all..KEBAHAGIAAN....di mana sinar kebahagiaan 2..Semakin byk dugaan yg ak kena lalui...aku redha..

my beloved,

x bermaksud utk melukakan mu..
ak terlalu 'take care' ttg mu..
im obsses with u...
but..
cara ak amat berbeza..
dan ak tau ianya sgt melukakan mu...
im sorry...

Saturday, November 27, 2010

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJA

Posted by HiSa Ito at 3:45 AM 0 comments
Ari ni sajer luangkan masa pegi Program Penempatan Pekerja...Ingatkan nak cari kerja yang sesuai dengan apa yang dah belajar masa kat UTeM..tapi hampeh..xder pun kerja utk bidang IT..apa pun enjoy jer...sempat la bergambar dengan my sibling n grandma..






Thursday, November 25, 2010

NATURAL BEAUTY CONTEST

Posted by HiSa Ito at 2:31 AM 0 comments




syarat-syaratnye

1- Mesti ada blog, takde blog pergi sign up blogger, NOW!


2- Mesti LIKE fan page Natural Beauty Contest (actually ini fanpage lilomines tapi sebab i yang anjurkan so i dengan affat decide guna jelah kan)


3- Takyah follow pun takpe, tapi nak follow lantak kau ah kan.

4- Gambar yang disertakan TIDAK DIBENARKAN EDIT menggunakan picnik, photoshop, photoscape dan apa sahaja yang boleh digunakan untuk edit kerana ini contest NATURAL BEAUTY. Make-up juga dilarang keras ye.

5- Gambar mestilah bersama dengan Bestfriend anda, Boyfriend anda atau Pet anda. Mesti paling cute dan comel -__- Kalau sorang-sorang pun boleh juga :)

6- Tag kepada 5 orang terdekat yang awak yakin akan joi
n :)

Bagaimana contest ini berjalan (Baca dengan teliti)
*Mula mula awak buat entry pasal Natural Beauty Contest di blog anda. Tepek muka kau tu.
*Letak link entry tersebut di fan page Natural Beauty Contest, jangan letak kat entry nie. Tak layan.

*Untuk mempastikan kami dah tahu awak buat entry tu, kami akan LIKE wall post anda tu lepastu kami akan upload gambar anda di satu album di fan page itu.

*Suruh kawan kawan anda LIKE gambar anda tu. 5 Gambar paling ramai orang LIKE kami akan pilih salah sorang sebagai pemenang hadiah utama.

Senang bukan?


so kpd saper2 yg nk vote 4 me plaese do this:

1st --> LIKE(just hit the like)
2ST --> LIKE(yang ni pulak)
so, gambar yg dipilih adalah....


Wednesday, November 24, 2010

INTERVIEW

Posted by HiSa Ito at 8:45 AM 0 comments

Actually dah lama x update blog ni..malam ni baru rasa nk update..ni lah jadinya kalau terlampau bosan..xder la pandai sgt berblogging ni..ala kadar jer..ok back 2 the point..ak nk citer pasal incoming interview ni..hari jumaat kul 11 pagi..preparation sumer dah buat..resumer pun dah print(dah nk interview bru nk print..)..harap2 ada la rezeki..dah bosan duk umah sebenarnya..ok..wish me luck..

Sunday, July 11, 2010

Lonely...

Posted by HiSa Ito at 9:06 AM 0 comments

Kadang2 rasa sunyi pulak hidup berjauhan...ada jer masalah...sentiasa doa yg terbaik utk hubungan ni...


Tuesday, July 6, 2010

Rindu...

Posted by HiSa Ito at 8:25 AM 2 comments

Baru terasa rindu bila tgk sumer org duk kuar ngan pakwe masing2...huhu...tp walaupun bf i jauh dier ttp dekat di hati...cewah!!..hakhak....miss u so much....


Walaupun akhir2 ni byk sgt halangan antara kami, kami tetap akan kekal...syg sgt dgn hbgn ni...

Wednesday, May 26, 2010

Benci

Posted by HiSa Ito at 3:46 PM 0 comments
Aku x hadap la..amik la nk sgt..pegi mampus la org mcm kau!!!
xpayah nk sound2 la org yg xder dlm 2...
 

hISa ItO blog!! Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review